13.3.15

PERBANYAK SHALAWAT

Berkata ulama tarbiah ; "Kalau bukan murobbi, niscaya aku tak dapat kenal Rob-ku" "Jalan-jalan menuju Allah adalah sebanyak hembusan nafas seluruh makhluk " Setiap daripada kita berhajat kepada guru murobbi yang boleh membimbing kita ke jalan akhirat yang dengannya kita dapat mengenal Allah. Al Habib Kazhim as Saqqaf ditanya muridnya, pada zaman sekarang ketika mana guru murobbi amat sukar didapati dan didampingi, bagaimana harus kami lakukan? Beliau menjawab " Perbanyakkanlah selawat, Nabi Muhammad saw sendiri akan jadi pembimbingmu ". Kenyataan ini tidak bertentangan dgn al Quran dan Sunnah kerana Nabi bersabda" Barangsiapa berselawat keatasku sekali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 10 kali" Al-Quran menjelaskan "Dialah(Allah) yang berselawat keatas kamu agar Dia mengeluarkan kamu dari zulumat(kegelapan) kepada nur cahaya" (al Ahzab:43) Bermakna setiap kali selawat, mengeluarkannya 10 kali dari kegelapan kepada cahaya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar