Habib Umar bin Hafidz berpesan :
"Apakah kalian tidak tahu cara perkahwinan Sayyidaina Fatimah Zahra bagaimana?"
Menggunakan tata cara siapa? Sirah Sayyidatina Fatimah az-Zahra telah terhapus di benak kalian.
Apakah kalian melihat diri kalian lebih agung dari beliau? Apa saja yang dipersiapkan Rasulullah SAW untuk perkahwinan putri beliau? Dengan cara begitu, apakah turun darjat Sayyidatina Fatimah? Di akhirat nanti seluruh wanita, sejak awal penciptaan hingga akhir, akan menundukkan kepalanya kerana beliau akan melalui jalan cahaya.
Ketika di padang mahsyar, akan terdengar suara dari Arasy Allah, tundukkan kepala kalian dan pejamkan mata kerana Fatimah binti Muhammad SAW akan melalui Sirat.
Apakah kalian tidak ingin berada di belakang beliau, melalui di Sirat bersama beliau dan mengikuti beliau? Kalian telah menukar beliau dengan lainnya.
Ketika Rasulullah SAW ditanya, apa yang terbaik bagi wanita? Sayyidatina Fatimah menjawab, yang paling baik bagi wanita adalah "tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki". kemudian Rasulullah SAW mencium kening Sayyidatina Fatimah dan berdoa, semoga Allah SWT memberkati anak keturunannya.
Ya Mu’minah... Ingatlah,, kerana suatu peringatan itu bermanfaat. Jauhilah adat-adat yang fana tersebut dan jangan memaksakan diri sampai-sampai berhutang. Seperti di dalam hadis Rasulullah SAW, Barang siapa yang memakai pakaian untuk ditunjuk atau dipamerkan maka di akhirat nanti akan dihinakan oleh Allah SWT.
Janganlah berbangga dengan pakaian sutera dan emas, sesungguhnya orang kafir diberi Allah SWT kenikmatan dunia, namun itu adalah kenikmatan yang fana.
mengikuti Sayyidatina Fatimah Al-Batul Az-Zahra lebih mulia.
(Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar