6.5.15

8 PERKARA

8 PERKARA Telah berkata IMAM GHAZALI RH ...dalam kitab Tanbiihul Ghoofiliin tentang : Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara: 1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها. 1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia. 2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى 2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah. 3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب 3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati. 4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه 4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat. 5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح 5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda. 6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة 6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat. 7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات 7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan. 8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع 8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia. Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita bersahabat......???

Tidak ada komentar:

Posting Komentar